Monday 26 December 2011

MAKLUMAT SYARIKAT

MALINEX SDN BHD adalah sebuah syarikat kontraktor swasta yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bandar, penyelenggaraan bangunan, kilang, pejabat dan kawasan serta pembekalan pelbagai barangan. Syarikat kami sedang menumpukan untuk memperluaskan lagi bidang perniagaan ini dengan memberi khidmat professional dan memperbanyakkan lagi tenaga-tenaga mahir bagi memenuhi kehendak pelanggan kami ke tahap maksima.

Kemahiran kami adalah merujuk kepada pengalaman kami yang sudah lebih 10 tahun dalam bidang perniagaan ini. Kemampuan kami dalam usaha memuaskan hati pelanggan adalah dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan pantas. Oleh hal yang demikian, permintaan terhadap perkhidmatan kami sentiasa berterusan dan tidak pernah putus-putus.

Syarikat kami mempunyai pekerja yang mahir dalam bidang pengurusan yang amat mementingkan kerjasama dan disamping memegang falsafah kualiti dalam perniagaan yang membawa keikhlasan, konsistensi dan bersesuaian.


“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa berkualiti dan berterusan untuk memenuhi permintaan pelanggan”

Bagi merealisasikan matlamat ini, kami bertanggungjawab untuk:

  • Memberikan perkhidmatan terbaik yang disasarkan pelanggan melalui saluran penyelenggaraan yang paling efektif dan cekap.

  • Memberikan laluan dan menyediakan peluang terbaik kepada kakitangan bagi merealisasikan objektif yang telah ditetapkan oleh syarikat.

  • Menghasilkan keuntungan dan meningkatkan pendapatan bagi menampung operasi perniagaan, dana bagi mengembangkan perniagaan dan memantapkan kualiti perkhidmatan.

  • Meneruskan usaha ke arah penyediaan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan kami.

  • Memenuhi semua kehendak pengguna secara berterusan dan berusaha menjadi sebuah syarikat yang terbaik.